Bermula dengan keyakinan
Berakhir dengan kejayaan
Mencapai cita-cita mulia
Berbakti kepada nusa dan bangsa

Sekalung budi dihulurkan
Para guru pemberi bimbingan
Mendidik kami mencapai kejayaan
Menjadi insan yang berguna

Akur pada perintah Tuhan
Amalkan sunnah mulia
Taati ibu dan bapa
Hormati guru dan rakan

Tidak gentar aral dan dugaan
Tidak tunduk pada kegagalan
kami yakin kami boleh berjaya
Kami warga Dato’ Onn Jaafar

[LIRIK : PUAN MARHAINI BIN MOHAMED]
[GUBAHAN LAGU : EN.YUSMANIRA BIN YUNOH & ENCIK ZALMI BIN SULAIMAN]
[TAHUN DITERBITKAN 1 JANUARI 1997]