Pelancaran Program Seiring Sejalan (Mentor Mentee)

0
166
Gimit Pelancaran Pelancaran Program Seiring Sejalan (Mentor Mentee)

Pagi tadi telah berlangsung upacara pelancaran¬†¬†Program Seiring Sejalan atau sebelum ini lebih dikenali sebagai program “Mentor Mentee”. Ia merupakan program tahunan yang dilaksanakan setiap tahun oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Dato’ Onn Jaafar.

Program ini merupakan program khusus untuk murid Tahun 6 di mana mereka akan mempunyia seorang mentor (guru pembimbing) atau lebih mesra lagi sebagai ayah angkat atau ibu angkat kepada setiap murid Tahun 6 ini.

Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah untuk membimbing murid-murid Tahun 6 ini dalam setiap aspek permasalahan mereka dalam akedemik dan sahsiah secara lebih personal.

Sebelum ini, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah meletakkan senarai Mentor dan Mentee lebih awal bagi memudahkan setiap murid mengenali mentor mereka masing-masing dan senarai tersebut telah diletakkan di papan kenyataan setiap kelas Tahun 6.

LEAVE A REPLY