Sukantara 2016, SK Dato' Onn Jaafar

Acara sukantara bagi Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar (SKDOJ) telah berakhir pada hari ini dengan menyaksikan setiap peserta rumah sukan berusaha gigih bagi memastikan kedudukan rumah sukan mereka berada di tempat teratas persaingan.

Sukantara ini telah bermula dari semalam, iaitu pada hari Rabu 5 Oktober 2016 dan berakhir pada hari ini. Semua acara yang dipertandingkan diadakan di padang Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar.

Dalam pada itu, Acara sukantara ini merupakan acara pra Kejohanan Balapan Dan Padang dan setiap murid di sekolah ini akan menyertainya bagi mewakili rumah sukan masing-masing. Dari sudut pemarkahan, satu mata akan dikira bagi setiap peserta jika berjaya melaksanakannya.   Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti lompat jauh, lompat tinggi, lari 100 meter, lari 200 meter dan  lontar peluru.

Berikut adalah keputusan keseluruhan acara sukantara yang dipertandingkan :

RUMAH SUKAN MARKAH TERKUMPUL KEDUDUKAN
KUNING 375 3
BIRU 385 2
HIJAU 409 1
MERAH 364 4
Sukantara 2016, SK Dato' Onn Jaafar
Klik untuk gambar yang lebih besar

LEAVE A REPLY