Helikopter Nuri Milik TUDM Terhempas

0
270

Sebuah helikopter TUDM yang sedang menjalankan latihan penerbangan telah membuat pendaratan cemas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah pada 9.35 pagi hari ini.

Helikopter yang membawa 14 penumpang berlepas dari pangkalan pada jam 7.35 pagi bagi membuat latihan penerbangan harian biasa. Semua anak kapal dan penumpang helikopter tersebut selamat.

Tentera Udara Diraja Malaysia telah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Mangsa yang cedera terdiri daripada 14 anggota TUDM dan mereka telah dikejarkan ke hospital. Manakala menurut berita dikhabarkan tujuh orang murid mengalami kecederaan akibat serpihan pesawat dan menerima rawatan di klinik berhampiran.

Sumber : Bahagian Perhubungan Awam TUDM

Telikopter Nuri TUDM Terhempas
Kenyataan Media dari TUDM

LEAVE A REPLY