Hari Sukan Negara

Apa Definisi Hari Sukan Negara?

Hari Sukan Negara merupakan daya usaha Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia ke arah mentransformasikan hasrat murni menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation).

Sambutan Hari Sukan Negara telah diwartakan dan disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Pada tahun 2016, sambutan Hari Sukan Negara akan diaktifkan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air.

Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia.

Maklumat lanjut sila layari laman web : Hari Sukan Negara

 

LEAVE A REPLY