Rakaman Video Bercumbu Itu Bukan Guru

0
213
Berdasarkan siasatan yang telah dijalankan kononnya sepasang guru bercumbu di sekolah seperti yang tersebar dimedia sosial adalah tidak benar sama sekali.
Selain itu, hasil siasatan juga telah mengesahkan bahawa kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan juga tidak terlibat dalam kes ini, kata Menteri Pendidikan Malaysia Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini.
Beliau berkata rakaman video itu dipercayai dibuat lapan tahun lepas di pejabat sebuah ladang di Segamat, Johor. “Bagaimanapun kementerian akan terus menjalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam catatan terbaharu dalam laman Facebook dan Twitter beliau.

LEAVE A REPLY