Pemberian Tablet PC Percuma Fasa Kedua di Kuala Lumpur

0
764
tablet pc
Penyampaian Tablet KPM oleh Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. Dato’ Seri Mahdzir Bin Khalid pada 22 September 2016 bertempat di JPWPKL

Guru dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjadi kumpulan kedua menerima komputer tablet selepas Sarawak. Komputer Tablet ini dilengkapi dengan aplikasi Tutor Guru dan e-paper Utusan Malaysia untuk kemudahan proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Datuk Seri Mahdzir, Menteri Pendidikan berkata kemudahan gajet ini akan memberi faedah untuk meningkatkan daya krativiti dan inovasi guru seiring dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi.

Menurut beliau lagi, guru perlu lebih bermaklumat daripada murid dan dapat membimbing mereka meneroka ilmu melalui penggunaan tablet yang senang dan mudah digunakan.

Seramai  41,897 guru dan hampir 1,000 pegawai pendidikan di Sarawak telah me­nerima komputer tablet berkenaan. Idea untuk menyumbangkan gajet ini dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkannya pada 5 Mei lalu bagi memenuhi aspirasi anjakan ke-7 transformasi sistem pendidikan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 dalam bab memanfaatkan ICT.

Selain guru, tablet tersebut juga dibekalkan kepada pegawai-pegawai yang bertugas di Pejabat Pendidikan daerah dan negeri secara berperingkat.

Antara kelebihan tablet ini adalah ia dilengkapi dengan aplikasi e-Tutor yang dibekalkan secara percuma mengandungi 16,000 soalan berbagai aras yang berunsur kemahiran berfikir aras tinggi.

Menurut Datuk Seri Mahdzir, Menteri Pendidikan berkata pemberian tablet ini diharapkan dapat menjadi penggerak ke arah pendidikan dan pembelajaran abad ke-21 seterusnya  menjadikan guru lebih proaktif dengan memaksimumkan penggunaannya dalam pe­ngajaran dan pembelajaran.

LEAVE A REPLY