Keselamatan- Garisan Kuning Di Sekitar Sekolah

0
621
Garian Keselamatan di selolah

Pada hari Jumaat yang lalu bersamaan 10 September 2016, ahli Jawatankuasa Keselamatan Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar telah mengadakan aktiviti mengecat garisan kuning di sekitar bangunan blok H dan blok J sekolah ini. Aktiviti tersebut diketuai oleh penyelarasnya Encik Azrul Ain. Pada masa yang sama, Cik Hjh. Rohaza, GPK 1 sekolah ini turut turun untuk bersama-sama menyumbangkan tenaga bersama ahli Jawatankuasa keselamatan menyiapkan garisan tersebut.

Sebagaimana yang telah diketahui, Garisan ini amat penting sebagai panduan kepada semua warga sekolah agar berhati-hati melalui kawasan yang dianggap beresiko mengundang bahaya terutamanya kepada murid-murid.

Sebelum ini, garisan tersebut telah pun wujud di semua bangunan dan sekitar sekolah ini akan tetapi memandangkan bangunan ini adalah bangunan baharu maka garisan keselamatan tersebut perlu diwujudkan bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.

 

LEAVE A REPLY