Cara Gosok Gigi Yang Betul

0
851

Hari ini murid-murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Onn Jaafar mengikuti program Gosok Gigi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia. Program ini bermula selepas waktu rehat bagi setiap sesi pagi dan sesi petang.

Antara aktiviti yang diberikan adalah seperti pendedahan tentang cara menjaga gigi dengan betul dan punca-punca yang boleh merosakkan gigi dengan cepat. seterusnya murid-murid di bawa ke tempat yang sesuai untuk bersama-sama menggosok gigi dengan cara yang betul.

Program ini dijalankan selama dua hari bermula pada hari ini dan berakhir pada hari Rabu bersamaan 28 September 2016. Memandangkan sesi persekolahan SK Dato’ Onn Jaafar terbahagi dua, iaitu sesi pagi dan petang maka aktivit ini terpaksa dilaksanakan dua kali sehari . Berikut adalah jadual yang telah ditetapkan untuk aktiviti menggosok gigi ini :

  JADUAL PROGRAM GOSOK GIGI  

TARIKH MASA KELAS
27 SEPTEMBER 2016 10.10 PAGI PENDIDIKAN KHAS, TAHUN 3 DAN 4
03.10 PETANG 1 DAN 2
28 SEPTEMBER 2016 10.10 PAGI 5 DAN 6
03.10 PETANG TIADA

 

Video Cara Gosok Gigi Yang betul

Semoga program ini akan memberi manfaat kepada semua murid agar dapat menjaga gigi dengan cara yang betul dan sempurna. seterusnya gigi yang sihat akan melahirkan senyuman yang memikat.

 

LEAVE A REPLY