Majlis Perpisahan Cikgu Norhafizah

0
232

Guru-guru Pendidikan Khas telah mengadakan majlis sempena perpisahan Cikgu Norhafizah yang bakal menamatkan kontaknya sebagai guru ganti di sekolah ini. Sebelum ini, beliau ditugaskan untuk mengambil alih tugas-tugas Puan Roslia yang sedang cuti bersalin.

Selepas ini, Cik Norhafizah akan meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Norhafizah atas bantuan yang diberi kepada pihak sekolah khususnya kepada kelas Pendidikan Khas sekolah ini.

 

LEAVE A REPLY